Strategi perang bendera mampu pengaruhi sokongan pengundi
Iklan
Perang Bendera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Stulang. - Foto Bernama
SETIAP kali kempen pilihan raya diadakan, panji bendera merupakan salah senjata utama yang wajib digunakan oleh sesebuah parti untuk menunjukkan simbolik perjuangan mereka kepada pengundi.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada kali ini, strategi perang sama juga diguna pakai oleh setiap parti untuk bersaing.