Calon Bebas, parti gerak solo tenggelam dalam ‘peperangan’ demokrasi
Iklan
Perang Bendera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Stulang. - Foto Bernama
DALAM peperangan mesti ada strategi untuk menang, tanpa perancangan yang betul, pihak yang terlibat akan melangkah ke medan tempur bukan untuk menang tetapi menempah maut.
Sama macam pilihan raya juga, kena ada taktikal yang mampu mematahkan serangan musuh dan mencapai misi atau objektif yang kita mahu capai.