Letak calon 18 tahun satu perjudian berisiko
Iklan
Syed Ibrahim ketika ditemubual Sinar Harian di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ledang baru-baru ini. - Foto Sinar Harian Mohd Halim Abdul Wahid
LEDANG - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor berpandangan mana-mana parti politik masih berkira-kira untuk meletakkan calon remaja berusia 18 hingga 21 tahun dalam apa jua pilihan raya terdekat kerana langkah itu dianggap satu perjudian berisiko.
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, walaupun kebenaran meletakkan calon berusia 18 tahun ke atas diluluskan dalam Undang-Undang Tubuh di beberapa negeri termasuk Johor bersama-sama pelaksanaan Undi18 dan pengundi didaftarkan secara automatik.