Rasuah di Malaysia seperti kanser tahap empat
Iklan
Perbuatan rasuah sudah menjadi norma dalam golongan masyarakat di negara ini.
SHAH ALAM – Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menyifatkan kes rasuah di negara ini seperti penyakit kanser kronik tahap empat.
Menerusi penilaiannya, Mohd Annuar yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berkata, hanya sebilangan individu sahaja yang dilihat masih berpegang kepada integriti dan ‘bersih’ berbanding mereka yang lakukan rasuah.