Lebih 400,000 rakyat Ukraine jadi pelarian
Iklan
Kumpulan pelarian Ukraine menaiki feri ketika menyeberangi Sungai Danube di lintasan sempadan Isaccea-Orlivka antara Kiev-Bucharest.
RATUSAN ribu penduduk Ukraine telah meninggalkan negara itu sejak kempen pencerobohan Rusia bermula pada Khamis lalu.
Ketika ini, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memaklumkan ia perlu membuat rancangan yang teliti untuk menangani sehingga empat juta pelarian jika konflik tersebut bertambah buruk.