Kerajaan perlu belanja besar wujudkan rumah mampu milik
Iklan
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah dengan harga bahan binaan yang mahal ketika ini agak sukar untuk mewujudkan perumahan mampu milik komprehensif.(Gambar hiasan) - Foto 123rf, gambar kecil: Ng Seing Liong
KERAJAAN perlu berbelanja besar sekiranya mahu mewujudkan sebuah kawasan perumahan mampu milik komprehensif kepada golongan B40, M40 di negara ini.
Penaung Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Ng Seing Liong berkata, kajian perlu dibuat sebelum kerajaan boleh membuat keputusan untuk membina rumah mampu milik termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ekonomik dan dan selesa.