PN harap PM kota janji runding tarikh PRU15
Iklan
Wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Muhyiddin di Muar baru-baru ini. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
MUAR - Pemimpin Tertinggi Perikatan Nasional (PN), mengesahkan kewujudan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengenai penentuan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).
Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, biarpun penentuan tarikh pembubaran Parlimen dan PRU15 adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri mengikut Perlembagaan, namun mereka mencapai kata sepakat supaya rundingan dilakukan terlebih dahulu, sebelum pengumuman dibuat.