Calon 'heavyweight' pindah kerusi baharu, strategi atau makan diri?
Iklan
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan berlangsung pada 12 Mac depan.
UMUM mengetahui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianggap sebagai medan 'testing ground' paling penting dalam menguji kekuatan parti-parti politik di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Berikutan itu, sejumlah 10 parti sudah mengesahkan kesediaan menguji sejauh mana penerimaan segmen 750,000 pengundi baharu berusia 18 tahun dan didaftar secara automatik terhadap mereka melalui pilihan raya negeri itu.