Bangunan kita tidak kalis gempa bumi?
Iklan
Pihak berwajib perlu memberi perhatian dan terus memantau keadaan agar kesan gegaran gempa bumi di negara terdekat kepada bangunan di Malaysia dapat diminimumkan. (Gambar kecil: Dr Muhammad Azwan Sulaiman)
SHAH ALAM - Majoriti pembinaan dan pembangunan di Malaysia tidak mengambil kira elemen atau ciri-ciri gempa bumi sehingga menyebabkan gegaran kecil turut dirasakan penduduk susulan gempa bumi yang berlaku di Indonesia pada Jumaat.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, ia kerana kedudukan Malaysia berada di luar lingkaran api pasifik berbanding Jepun dan Indonesia.