Isu anak mualaf: Kegagalan meletakkan Islam di peringkat tertinggi
Iklan
Program Wacana Sinar Edisi ke-325 yang bertajuk Anak Mualaf : Agama, Undang-undang dan Keluarga pada Selasa
SHAH ALAM - Isu membabitkan tiga kanak-kanak yang diislamkan oleh bapa mereka untuk memilih Islam sebagai agama anutan memperlihatkan situasi agama Islam kini dalam keadaan mendukacitakan.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasruddin Hassan berkata, ia kerana masyarakat kini dilihat terperangkap dalam satu situasi pemerintahan yang zalim, ulama lesu dan umat yang jahil.