RTM dan PRN Johor
Iklan
Calon yang bertanding dalam PRN Johor diberi ruang menggunakan saluran disediakan oleh RTM sebagai medium memperkenalkan diri kepada para pengundi.
RADIO dan Televisyen Malaysia (RTM) adalah organisasi media atau lebih tepat lagi badan penyiaran milik kerajaan. Statusnya adalah sebuah jabatan iaitu Jabatan Penyiaran Malaysia yang dikawal selia oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Parti politik mana yang berkuasa, parti itulah akan menguasai output pelbagai program berita dan bukan berita RTM.