Bijak urus minyak masak terpakai
Iklan
Dengan adanya sistem pengumpulan minyak masak terpakai, ia mampu mengawal masalah pencemaran daripada aktiviti memasak dan penyediaan makanan di rumah serta premis berkaitan. - Gambar hiasan
MENURUT kajian, setiap isi rumah menggunakan minimum secara purata minyak masak sebanyak dua kilogram sebulan, manakala 45 peratus minyak yang tidak boleh digunakan akan dibuang begitu sahaja.
Lazimnya apabila menggoreng, akan ada baki minyak terpakai dan sering dibuang selepas beberapa kali penggunaan.