‘Jangan tipu keputusan RTK’
Iklan
Pekerja yang didapati memanipulasi keputusan RTK mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kerja 1955.
SHAH ALAM - Seseorang pekerja yang didapati memanipulasikan laporan dan mengatakan dirinya positif Covid-19 boleh dikenakan tindakan diberhentikan kerja jika didapati bersalah.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, majikan boleh mengenakan tindakan tersebut mengikut Akta Kerja 1955.