Hasanah 'kunci mulut' keputusan mahkamah pegawai SPRM curi RM25 juta
Iklan
Hasanah enggan mengulas lanjut wang miliknya yang dirampas SPRM kemudian dicuri seorang penguasa kanan agensi itu.
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid enggan memberikan sebarang komen mengenai keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan ke atas seorang penguasa kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.
Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Hasanah, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika dihubungi wartawan Sinar Premium pada Jumaat.