Pelaksanaan gaji minimum perlu ambil kira perlbagai faktor
Iklan
Amirhamzah ketika program Wacana Sinar Harian edisi ke-324 bertajuk ‘Gaji Minimum RM1,500: Mampu atau Lingkup’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Jumaat.
SHAH ALAM - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berpendapat pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 itu harus ambil kira pelbagai faktor.
Yang Dipertua DPMM Negeri Sembilan, Amirhamzah Karim berkata, ini termasuklah mengambil kira daripada segi bayaran gaji bulanan dan juga per jam selain melihat kepada kecekapan pengurus perniagaan.