Nenek maut melecur dalam rumah

Iklan
Anggota bomba ketika kerja-kerja memadamkan kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Selangor

KLANG - Seorang wanita warga emas maut selepas rumah didiaminya di Jalan Haji Abd Majid, Kampung Sungai Pinang di sini terbakar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 4.13 pagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, seramai 37 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Kota Raja, Kapar dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian.

"Menurut komander operasi kejadian itu melibatkan kebakaran dua buah rumah teres kelas C.

Iklan

"Selepas kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.36 pagi, kita menemui seorang mangsa wanita berusia lingkungan 70-an yang melecur 90 peratus dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rumah itu juga turut musnah 95 peratus dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik bomba.

Iklan