Kerajaan Johor didesak perjelas kedudukan JCorp
Iklan
Hasni Mohammad
ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor diminta menjelaskan kedudukan sebenar syarikat-syarikat kepentingan kerajaan negeri itu terutama Johor Corporation (JCorp).
Ketua Pembangkang, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak mengikut langkah diambil Kementerian Kewangan yang mahu melupuskan kepentingan dalam syarikat-syarikat kepentingan kerajaan kerana Johor mempunyai kekuatan dalam ekonominya.
Iklan
Iklan
"Adakah kerajaan negeri akan mengikut langkah dibuat Kementerian Kewangan melupuskan kepentingan kita dalam syarikat-syarikat kepentingan kerajaan negeri?
"JCorp dikatakan akan melupuskan kepentingan dalam QSR Brand Holdings Bhd melibatkan jenama KFC. Kerajaan negeri perlu ada pendirian tegas tentang hal ini," katanya pada sidang media Barisan Nasional (BN) selepas pembentangan Belanjawan Johor di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.
Iklan
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi; ADUN Rengit, Ayub Jamil; ADUN Tenggarah, K Raven dan ADUN Panti, Hahasrin Hashim.
Baru-baru ini media melaporkan mengenai rancangan QSR Brand (M) Holdings (QSR) dipercayai merancang menjual dua rangkaian restoran makanan segera miliknya iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut di Asia Tenggara pada harga kira-kira AS$1.96 bilion (RM6 bilion).
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Sumber dedah QSR cadang jual KFC dan Pizza Hut RM6 bilion
Rancangan penjualan itu dipercayai mempunyai kaitannya dengan masalah ekonomi di Malaysia yang perlahan dan kurang memberangsangkan di Asia Tenggara.
Berita mengenai rancangan penjualan restoran makanan segera itu dikongsi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook miliknya.
Bagaimanapun Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sehingga hari ini tiada lagi cadangan untuk jual sebaliknya QSR akan memberi fokus untuk mengukuhkan pengeluaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada cadangan jual KFC dan Pizza Hut, kata MB Johor
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>