Mourinho pengurus baharu Spurs
Iklan
BEKAS pengendali Manchester United, Jose Mourinho dilantik pengurus baharu Tottenham Hotspur menggantikan Mouricio Pochettino, yang dipecat berikutan prestasi hambar kelab berkenaan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.
Pengerusi Spurs, Daniel Levvy berkata, Tottenham amat gembira kerana dapat menggunakan khidmat pengurus dari Portugal berusia 56 tahun itu yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak.