Muda guna logo sendiri
Iklan
Muda akan menggunakan logonya sendiri pada PRN Johor nanti. (Gambar kecil: Syed Saddiq)
Syed Saddiq beri ketetapan berikutan PRN Johor gelanggang pertama partinya
SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan akan menggunakan logonya sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ketetapan tersebut dibuat kerana ia merupakan pilihan raya pertama partinya.