Rundingan kerusi belum selesai, PKR Johor ajak Muda 'move on'
Iklan
PKR mungkin tidak mengikut jejak langkah Amanah dan DAP untuk menyerahkan sebahagian kerusi PRN Johor kepada Muda.
PKR nasihat Muda supaya tidak terlalu ambil hati berhubung kesukaran memuktamadkan rundingan agihan kerusi PRN Johor
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mengajak Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) untuk 'move on' atau tidak terlalu mengambil hati daripada isu kesukaran kedua-dua parti berkenaan memuktamadkan rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN Johor).
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, meskipun proses rundingan kerusi PRN antara PKR-Muda masih berjalan di peringkat kepimpinan tertinggi, pihaknya enggan menaruh harapan tinggi satu kata sepakat akan tercapai sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari ini.