Bersatu yakin pertahan DUN Bukit Kepong
Iklan
Kesrusi DUN Bukit Kepong disandang oleh Bersatu pada PRU14 lepas.
Mampu kekal status quo kerana penyandangnya sebelum ini banyak menabur bakti kepada masyarakat dan membawa pembangunan di kawasan terbabit
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong melalui bekas Menteri Besarnya, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam Pilihan Negeri (PRN) Johor nanti.
Dr Sahruddin yang juga Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor berkata, beliau cukup yakin akan mampu mengekalkan status quonya kerana banyak menabur bakti kepada masyarakat dan membawa pembangunan di kawasan terbabit.