PICKids: Penjelasan kesan sampingan kepada kanak-kanak perlu dipertingkat
Iklan
Irma Hasmie (atas, kanan) ketika menjadi panel Wacana Sinar edisi ke-323 bertajuk 'Takut booster atau takut Covid-19' pada Selasa.
SHAH ALAM - Penjelasan mengenai kesan sampingan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak perlu disampaikan secara berterusan agar golongan ibu bapa lebih terbuka untuk membenarkan anak-anak mereka terlibat dalam Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).
Pelakon Irma Hamie berkata, kebanyakan ibu bapa masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara mendapatkan maklumat sahih mengenai kesan sampingan vaksin berkenaan terhadap anak mereka.