UMNO ubah sikap sebelum PRU15, Pas jamin beri kerjasama
Iklan
Abdul Hadi (dua dari kanan) bersama-sama Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Perak di Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk, Sungai Sumun di Perak.
Pas harap hubungan dan kerjasama antara kedua-dua parti itu berterusan pada masa akan datang.
SHAH ALAM - Pas mengharapkan UMNO boleh mengubah kembali pendirian dan sikap mereka terhadap keperluan membentuk gabungan kerjasama di antara parti-parti Melayu di Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi kepentingan ummah.
Naib Presiden Pas, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sekiranya UMNO bersedia berbuat demikian, Pas memberi jaminan akan bekerjasama demi kepentingan umat Islam dan negara.