[VIDEO] Pulih ekonomi negara agenda utama PBM
Iklan
Haniza di Kompleks Karangkraf baru-baru ini bagi mengetahui lebih lanjut hala tuju PBM. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Parti Bangsa Bersatu Malaysia opitimis mampu tarik sokongan rakyat di semenanjung
PARTI Bangsa Malaysia (PBM) bukan lagi parti yang memberi tumpuan terhadap isu bagi negeri-negeri tertentu, sebaliknya berperanan dalam menyantuni seluruh rakyat di negara ini.
Konsep tersebut sekali gus menjadi strategi penting bagi memastikan PBM mampu memenangi sokongan rakyat menerusi agenda pemerkasaan ekonomi yang dibawa.