Beg berat jejas postur badan
Iklan
Dr Azmi menerangkan skoliosis bukan hanya boleh membengkok ke tepi tetapi ia juga boleh berpusing. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Masyarakat perlu beri perhatian cara jaga postur badan yang betul
SHAH ALAM - Tidak dinafikan membawa beg sekolah berat boleh menyumbang kepada perubahan postur badan dan akan menyebabkan seseorang itu menjadi bongkok walaupun pada usia muda.
Pakar Perunding Ortopedik Spinal Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Azmi Baharuddin berkata, masyarakat seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga postur badan dari awal walaupun ia agak mencabar pada masa kini.