Gemar baca berita Sinar Premium, pensyarah menang RM2,500
Iklan
Sinar Premium menampilkan laporan berita yang lebih eksklusif dan kritis. (Gambar kecil kanan: Lee Sze Wei)
SHAH ALAM - Seorang pensyarah bidang kejuruteraan elektronik di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman berjaya memenangi RM2,500 hasil peraduan langganan portal berita Sinar Premium minggu ke empat.
Lee Sze Wei, 52, berkata, minatnya yang gemar membaca surat khabar dan berita online berbahasa Melayu itu menjadi faktor dia melanggan Sinar Premium sekali gus menjadi pemenang bertuah.