Ujian kesepakatan pembangkang
Iklan
PH memerlukan satu ‘reset’ untuk menjadikan gabungan pembangkang satu ‘khemah besar’ menyatukan semua pihak yang menentang politik lama UMNO-BN dan Perikatan Nasional (PN).
SEBAGAIMANA Johor menjadi titik gempa kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ia juga adalah kemuncak pencapaian kepembangkangan dalam sejarah politik dan demokrasi di Malaysia.
BN tewas sepenuhnya pada 9 Mei 2018 walaupun isyarat tentang hal itu telah berlaku sejak PRU10. Kelemahan dan kegagalan UMNO yang mengabaikan isyarat tersebut sejak PRU berkenaan akhirnya berjaya digembleng pembangkang dengan menjadikan Johor medan permulaan dan pengakhiran dominasi BN.