Segerakan subsidi kepada penternak ayam
Iklan
Pekerja ladang, Muhammad Haikal Zakari, 21, memeriksa sebahagian 16,000 ekor ayam yang diternak di sebuah ladang di Kampung Pelam, Telemong, Terengganu. - Foto: Bernama
SHAH ALAM - Kerajaan diharap dapat menyegerakan mekanisme pemberian subsidi sebanyak 60 sen setiap kilogram kepada penternak ayam.
Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, sebagai penternak, pihaknya menyambut baik pengumuman daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang memandang serius situasi penternak ketika ini.