Kera, biawak, tapir antara mangsa
Iklan
Tapir antara spesies hidupan liar yang turut diancam kepupusan akibat ‘road kill’. (Gambar kecil: Abdul Kadir)
Berdasarkan kajian Perhilitan, dua faktor utama penyebab ‘road kill’ iaitu pembukaan hutan dan habitat terosot
KUALA LUMPUR - Habitat yang makin berkurang akibat pembukaan hutan menjadi punca utama hidupan liar menjadi mangsa nahas jalan raya (road kill).
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, hidupan liar bergerak untuk mencari makanan, mencari pasangan untuk membiak dan mencari habitat yang lebih sesuai.