Apabila vaksin Sinovac kurang berkesan

Iklan
Penerima vaksin primer Sinovac disaran mengambil do penggalak vaksin Covid-19 sebelum 1 Mac 2022 bagi mengelak status vaksinasi di aplikasi MySejahtera bertukar putih.

SEMALAM, seperti yang diramal Mat Taici dan rakan-rakan, salah satu daripada pengumuman penting Menteri Kesihatan tidak lain dan tidak bukan ialah mewajibkan dos penggalak.

Walaupun tidak secara 'direct' menyebut perkataan wajib, tapi apabila Khairy Jamaluddin menyatakan sijil digital akan bertukar warna kepada putih jika masih berdegil, maka faham-faham sendirilah.

Pendek kata, lepas ini maaflah sebab sudah tidak boleh masuk-masuk kedai atau nak pergi cuti-cuti kerana dikira tak lengkap vaksin.

Keputusan itu mungkin kena pada masanya iaitu ketika Malaysia yang baru lepas cuti panjang perayaan menyaksikan jumlah kes meningkat berkali ganda.

setakat Isnin jumlahnya sudahpun melepasi angka 11,000 kes positif.

Bagaimanapun, arahan 'wajib' booster itu tidaklah melibatkan semua buat masa ini.

Kata Khairy ia hanya melibatkan individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas.



Ini kerana kata Khairy, kelompok itu terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer.

Maka sejak petang semalam, kecoh jugalah di sana sini apatah lagi dalam kalangan geng-geng Sinovac.

Dalam kalut mencari tarikh untuk mendapatkan suntikan booster, ramai geng Sinovac yang tertanya kenapa arahan itu melibatkan mereka sahaja?

Kenapa baru sekarang Pak Menteri bagi tahu Sinovac kurang berkesan daripada Pfizer dan AstraZeneca?

Dan kalau Sinovac tak berkesan sangat kenapa Malaysia beli terlalu banyak untuk suntik rakyat Malaysia?

Walaupun kasihan dengan kawan-kawan, tapi apabila melihat sampai 3.5 juta penerima vaksin Sinovac masih enggan ambil booster, Mat Taici pun boleh faham dengan keputusan kerajaan.

Kalau tak diwajibkan maka ramailah yang buat kisah tak kisah.

Cuma Mat Taici harap kerajaan biarlah lebih telus dan tulus dengan memberi penjelasan dalam keputusan mereka.

Sebab bila kejap cakap semua vaksin sama, esoknya kata vaksin Sinovac tak berkesan. Kemudian kata dos penggalak tak wajib, lepas itu bagi amaran kalau tak ambil sijil vaksin bertukar putih, jadi rakyat rasa nak marah.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.