Hidupan laut dalam bahaya
Iklan
Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu mengukur saiz bangkai penyu agar betina dewasa yang ditemui terdampar di Pantai Kelulut baru-baru ini. Penyu itu dipercayai mati akibat termakan plastik.
Perbuatan manusia buang plastik sesuka hati jadi punca
SHAH ALAM - Pembuangan sisa plastik di lautan memberi kesan kepada hidupan marin sehingga membahayakan kelangsungan spesies berkenaan.
Pengurus Projek Turtle Conservation Society of Malaysia (TCS), Dylan Wang berkata, hidupan laut seperti penyu kebiasaannya akan termakan sisa plastik kerana terkeliru menyangkakan plastik itu adalah makanan.