Ditelan mati emak diluah mati bapa...
Iklan
Jika hospital tak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat, kerajaan tidak ada pilihan melainkan mengembalikan PKP. - Gambar hiasan
BUAT pertama kalinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, angka positif Covid-19 kembali meningkat ke tahap yang membimbangkan.
Ini sekali gus mencetuskan pertanyaan apakah kita akan kembali sepertimana keadaan sebelum ini yang menyaksikan pergerakan kita terpaksa dihadkan dan aktiviti ekonomi diminimumkan.