Wajib jawab hutang kepada Genting
Iklan
Genting Hong Kong mempunyai syarikat pelancongan samudera dengan armada lima buah kapal persisiran mewah, lengkap dengan kasino dan pelbagai jenis hiburan. (Gambar hiasan) - Foto123rf
BOLEH jadi tidak semua orang tahu asal usul konglomerat Genting yang kini menjadi tajuk berita dunia susulan anak syarikatnya, Genting Hong Kong Limited muflis.
Dan, boleh jadi juga ramai tidak tahu kebankrapan Genting Hong Kong Limited akan memberi kesan kepada berjuta-juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Khazanah Nasional Berhad.