PH umum calon berasingan ikut parti elak langgar SOP PRN
Iklan
Sheikh Umar (dua dari kanan) menerima bendera Pakatan Harapan (PH) daripada Guan Eng (dua dari kiri) sebagai simbolik pemilihan beliau sebagai calon pertama PH untuk bertanding pada PRN Johor.
SHAH ALAM - Di sebalik kejutan DAP mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor paling awal tanpa kehadiran rakan koalisi Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Jumaat, Pengerusi PH Johor, Amirolhuda Hassan mengenepikan sebarang spekulasi liar mengenainya.
Bercakap kepada Sinar Premium, Amirolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor menegaskan langkah DAP, PKR dan Amanah membuat pengumuman calon PRN Johor bagi parti masing-masing secara berasingan adalah bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor.