Pandangan peribadi Ketua Pengarah?
Iklan
KP JPJ baru-baru ini membuat kenyataan akan menarik balik sijil tenaga pengajar dan membatalkan permit institut memandu sekiranya banyak ‘pelajar’ mereka melakukan kesalahan trafik atau terlibat dalam kemalangan jalan raya. - Gambar hiasan
PELIK juga Awang apabila Menteri Pengangkutan kata, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah pandangan peribadi.
Pada hemat Awang sekiranya seseorang pada kedudukan itu buat sebarang kenyataan, maka itu adalah pendirian jabatan atau rasmi bukan peribadi.