Pengguna perlu kenal pasti modus operandi scammer
Iklan
Ahmad Faiz (kiri) menasihatkan pengguna untuk sentiasa berwaspada dengan iklan jualan laptop yang terlalu murah.
SHAH ALAM - Pengguna terutamanya dalam kalangan pelajar dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan komputer riba yang menawarkan harga tidak masuk akal.
Pemilik OK Computer Solution Shah Alam, Ahmad Faiz Mohamad Rashid berkata, pengguna boleh mengenal pasti iklan tersebut adalah palsu dengan membandingkan harga yang ditawarkan scammer tersebut dengan harga yang dijual di kedai.