Pas, UMNO boleh 'rujuk semula' jika boleh tolak ansur
Iklan
Detik bersejarah termeterainya Muafakat Nasional oleh Pas dan UMNO pada September 2019.
SHAH ALAM - Biarpun kenyataan pemimpin tertinggi UMNO dan Pas menerusi media menunjukkan hubungan dan kerjasama kedua-dua parti menerusi Muafakat Nasional (MN) sudah hampir terkubur, namun penganalisis politik melihat ia masih boleh diselamatkan jika mereka mengenepikan ego serta sanggup kembali ke meja rundingan.
Penganalisis politik dan geostrategis, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, beliau melihat adalah tidak adil jika Pas menuduh UMNO menolak pelawaan parti berkenaan untuk bergabung bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.