'Moratorium' dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen
Iklan
Anggota polis memeriksa lesen pemandu pada Op Selamat 17 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022 di Tol Ayer Keroh, Melaka pada Rabu.
SHAH ALAM - Ramai pengguna kenderaan di seluruh negara dikesan masih berdegil untuk mengambil atau memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) walaupun sudah lebih sebulan tempoh moratorium lesen berkenaan tamat 31 Disember lalu.
Perkara itu dikesan dalam tempoh enam hari penugasan Op Tahun Baharu Cina (TBC) 2022, antara 25 hingga 30 Januari lalu.