'Takkan Zuraida dipecat hanya sebab ramai kawan PBM?'
Iklan
Hubungan terjalin di antara Zuraida (kanan) dan sebilangan besar pemimpin PBM termasuk Hanizah sewaktu mereka bersama-sama dalam PKR dahulu tidak wajar dijadikan alasan untuk Bersatu memecat Ahli Parlimen Ampang.
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Haniza Mohamed Talha membidas segelintir pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berterusan mengaitkan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dengan parti itu.
Hanizah Mohamed Talha
Selain itu, Haniza juga memberi amaran kepada Bersatu agar tidak mengulangi kesilapan dilakukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak menyingkirkan sebilangan besar pemimpin parti itu hanya disebabkan memiliki hubungan rapat dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.