'Ada pihak dalam Pas mahu bakar jambatan kerjasama dalam MN'
Iklan
Mohd Khairuddin mendedahkan ada pihak tertentu dalam UMNO dan Pas yang kurang selesa dengan kerjasama dibentuk antara kedua parti itu sejak awal lagi. - FOTO NURUL AMALINA ABD MUTALIB
SHAH ALAM - Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendedahkan beliau tidak pelik jika ada pemimpin tertentu dalam parti itu yang cuba membakar 'jambatan' penghubung kerjasama antara Pas dan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).
Ini kerana bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu mendedahkan memang ada pihak tertentu yang kurang selesa dengan kerjasama dibentuk antara kedua parti itu sejak awal lagi.