Kapcai 'mesin' pembunuh utama remaja, kanak-kanak
Iklan
Kecederaan lalu lintas jalan raya telah menyumbang 14 peratus daripada keseluruhan kematian di kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 14 tahun di Malaysia.
SHAH ALAM - Motosikal di bawah 150cc atau lebih dikenali sebagai ‘kapcai’ adalah mesin pembunuh utama generasi muda negara di mana ramai remaja dan kanak-kanak seawal berusia enam tahun telah maut atau cacat akibat menunggang kenderaan ini.
Statistik laporan nahas jalan raya untuk jangka masa 12 tahun dari 2009 sehingga 2020 yang disediakan oleh polis telah mendedahkan beberapa angka yang mengejutkan iaitu 2,688 kematian direkodkan dalam kumpulan umur enam hingga 15 akibat menunggang motosikal.