Milik siapakah kek 750,000 pengundi baharu?
Iklan
PRN Johor dengan ini bakal menyaksikan situasi yang hampir sama dengan Melaka iaitu BN bergerak solo tanpa rakan-rakan sekutu yang lain di peringkat Persekutuan. Gambar kecil dari kiri: Dr Mazlan, Hisommudin
TERBUBARNYA Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada minggu lalu bukanlah satu perkara pelik kerana pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) seakan-akan sudah menjadi trend politik popular negara masa kini.
Hal ini sudah menjadi satu norma politik, apatah lagi selepas beberapa siri PRN menyaksikan BN menang bergaya di Perak manakala Gabungan Parti Sarawak menang besar di bumi Kenyalang.