Tok Mat tak terkejut Pas mahu guna logo PN
Iklan
Mohamad (kiri) bercakap ketika sidang media selepas hadir pada Majlis Pertemuan Pengerusi BN bersama MCA dan MIC di Bangunan UMNO Johor Bahru, pada Sabtu. Turut sama Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohamad. - Foto Bernama
Tiada apa yang pelik kerana Pas adalah sebahagian daripada parti komponen PN
SHAH ALAM - UMNO tidak berasa hairan mahu pun terkejut dengan tindakan Pas yang akan bertanding dengan menggunakan logo Pakatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) untuk PRN Johor, merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan keputusan Pas terbabit kerana mereka adalah sebahagian daripada parti komponen PN.