Tembakan tepat digeruni musuh
Iklan
Vedagiri (tengah) kini merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Keranjang Melaka.
STIGMA segelintir masyarakat bahawa hanya kaum tertentu diberi keutamaan untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara adalah tidak tepat. Sebaliknya, penyertaannya adalah terbuka kepada semua kaum asalkan menepati syarat-syarat ditetapkan.
Perkara itu yang ditekankan bekas komando, bekas Pegawai Waran II (PW II), Vedagiri Murugayah berhubung penyertaan bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).