Elak berlaku gangguan pemikiran
Iklan
Menurut perspektif psikologi, kecelaruan pemikiran boleh berlaku disebabkan oleh individu yang mencorakkan pemikiran mereka sendiri. Gambar hiasan - 123rf
SEBETULNYA, minda yang sihat akan membantu kita merencanakan pemikiran dengan baik. Pada masa sama, pemikiran yang salah akan mendorong kemerosotan minda dalam jangka masa panjang.
Justeru, usaha mengekalkan diri kita berada pada paksi pemikiran yang betul perlu dilakukan secara serius supaya tidak berlaku mental distortion atau kecelaruan pemikiran.