'Pas tak berhak campur tangan, ini pendirian UMNO'
Iklan
Laporan Sinar Harian Isnin dan Ahad lalu. (Gambar kecil: Mohamed Khaled)
SHAH ALAM - Pas tidak berhak campur tangan dalam urusan UMNO termasuk soal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di mana-mana negeri kelak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu UMNO mahu mengadakan PRN atau tidak selepas PRN Johor bergantung kepada keperluan dan situasi semasa politik di negeri berkenaan.