Kanak-kanak ketagih pornografi beri kesan besar kepada otak
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Nur Izura
SHAH ALAM - Golongan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dapat membezakan baik atau buruk sesuatu perlakuan itu termasuklah pornografi.
Pengerusi Pertubuhan Salwa Malaysia (Salwa), Profesor Madya Dr Nur Izura Udzir berkata, menonton pornografi di usia muda akan mengubah minda dan memberi impak pada corak pemikiran kanak-kanak.