Ketagih pornografi boleh rencatkan tumbesaran kanak-kanak
Iklan
Kanak-kanak yang ketagih pornografi cenderung untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti bermain atau berinteraksi bersama rakan dan ibu bapa. Gambar kecil dari kiri: Hazli Zakaria, Andrew Mohanraj
SHAH ALAM - Ketagihan menonton pornografi dalam kalangan kanak-kanak boleh merencatkan tumbesaran selain memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka.
Pakar Perunding Psikiatri dan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, mental dan fizikal kanak-kanak terutamanya yang berumur 12 tahun ke bawah masih dalam proses perkembangan.