Ibu bapa risau anak semakin terdedah kepada pornografi
Iklan
Ibu bapa meluahkan kerisauan mereka terhadap risiko kemungkinan anak-anak mereka terjebak dalam aktiviti menonton pornografi. Gambar kecil dari kiri: Muhammad Taufiq, Azima, Nurul Huda, Hassherylawati
SHAH ALAM - Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah rendah berkongsikan kerisauan mereka terhadap risiko kemungkinan anak-anak mereka terjebak dalam aktiviti menonton pornografi.
Seorang pekerja swasta dari Sungai Petani, Kedah, Hassherylawati Che Me, 40, berkata, penggunaan gajet tanpa pengawasan menyebabkan anak-anak mudah mendapatkan apa sahaja maklumat yang diingini.