Mazlan 'gentleman' keluar Bersatu selepas DUN bubar: MPT Bersatu
Iklan
Mazlan Bujang (tiga dari kanan) pada sidang media mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau dan keluar parti, berkuat kuasa serta-merta pada Khamis. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Biarpun kini berlainan wadah politik, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Chong Fat Full menghormati keputusan bekas Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang mengumumkan keluar parti pada Khamis.
Menurut bekas Exco Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor itu, Mazlan wajar dianggap bersikap 'gentleman' dengan membuat keputusan keluar parti hanya setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terbubar dan tidak sesekali melakukannya semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan negeri.